Wednesday, 11 July 2012

Cerita dia

Assalamualaikum kawan kawan..

Aku sebenarnya takde idea nak tulis pasal apa..sebab dalam kepala otak aku asyik teringatkan arwah mama aku je. Masuk hari ni dah nak hampir sebulan aku hidup tanpa mama. Masih membiasakan diri dengan ketiadaannya disisi.

Nak bersedih lagi pun air mata dah kering. Cuma aku tak boleh tengok adik beradik lain menangis, aku akan rasa sebak sekali. Tapi syukur semuanya dah redha dan pasrah. Nak meratap pun tak guna lagi. So bak kata Taylor Swift, "forcing laughter, faking smile". Itu yg aku buat hari hari :)

'Setiap yang berlaku pasti ada hikmah'

Memang betul kata kata di atas ni. Dulu aku terfikir kenapa aku tak dapat fly. Rupanya dah ditakdirkan aku tak ke Germany untuk jaga mama. Masa Graduation Day kat GMI tu, korang ada tanya kenapa parent aku tak datang kan. Itu sebab mama dah sakit time tu. Nak berjalan pun susah. So better takyah datang aku bagitau diorang.. Then bila cuti, mama pernah cakap bagus jugak aku tak fly, boleh jaga mama. Bila mama cakap camtu, hati aku rasa lega. Dah tak sedih pasal tak dapat fly.

Sekarang, rumah aku terasa kosong. Aku pun mula membusykan diri dengan kerja, so memang jarang ada kat rumah. Lagipun duduk lama lama kat rumah buat aku makin teringat. Semua benda dalam rumah tu boleh buat aku teringat arwah. And then bulan puasa pun dah nak dekat.. rasa sedih sebab puasa tahun lepas banyak spend time dengan korang2 je kat gmi. Puasa tahun ni buat aku rindu masakan mama..Syawal ini pasti rasa janggal.

'A mother can be like father, but a father can't be like mother'

Al-Fatihah buat arwah Jamaatun bt. Ahmad
9.8.56 - 17.6.12

No comments:

Post a Comment